Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah dilihat semakin terbuka berkongsi kisah peribadi dengan ‘menayang’ teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr Doctor. Menurut laporan Berita Harian, pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia tidak juga tidak kisah sekiranya ditemani oleh lelaki tersebut ke mana-mana acara hiburan. “Sebenarnya, saya serahkan kepada teman lelaki. Kalau selesa, dia boleh temani saya. Jika tidak, tak mengapa jika enggan ikut. Saya biarkan teman lelaki membuat keputusan,” katanya. Sophia berkata demikian pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-35 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur malam tadi.
Pada masa sama, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu menyifatkan teman lelakinya mempunyai personaliti yang tenang sekali gus dia tidak bimbang jika turut terpalit dengan populariti. “Dia okay dan seorang yang tenang. Sepanjang kontroversi yang berlaku sebelum ini, teman lelaki kekal tenang. Dia lebih memikirkan soal pesakitnya daripada perkara lain,” ujarnya. Sementara itu, Sophia tidak menyangka namanya bolos bagi empat kategori iaitu BBNU Wanita Popular, Aktres Filem Popular, Aktres TV Popular dan Couple Drama Popular dalam pencalonan awal ABPBH 35.
Bagaimanapun, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk ke ‘Top 5’ dengan menyerahkan perkara itu atas undian peminat selain mengakui calon lain juga hebat serta layak untuk menang. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.