Muat naik video sempena hari ibu, ramai yang sebak bila tengok lakonan Uwais

Anak sulung Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Al Qarni bersama ahli keluarganya telah menghasilkan sebuah lakonan video pendek yang menyentuh hati bersempena sambutan Hari Ibu semalam. Menerusi sebuah video berjudul Rindu yang dimuat naik di laman sosial Shuib, menyaksikan Uwais berlakon bersama datuknya iaitu ayah kepada Siti Sarah, Raissuddin Hamzah. Pada babak awal video tersebut, Raissuddin bersama anaknya memberikan sejambak bunga kepada isteri tercinta sebagai tanda memperingati Hari Ibu. Klik sini untuk lihat video.

Sementara itu, kelihatan Uwais sedang memandang potret arwah Siti Sarah dan semasa dalam perjalanan pulang Uwais teringat kembali momen-momen ketika dia bermain golf bersama ibunya. Paling menyentuh perasaan apabila Uwais yang kelihatan sugul dan sedih itu meminta datuknya untuk membawanya ke kbr arwah. Pada babak akhir, Uwais menangis kerana tidak dapat menahan rindu lalu memeluk datuknya ketika berada di kbr arwah Siti Sarah. Walaupun Shuib tidak kelihatan di dalam video tersebut, namun kapsyen yang ditulis pada video itu sudah cukup membuktikan bahawa dia tidak pernah sekalipun lupa akan permaisuri pertamanya itu.

“Selamat Hari Ibu Kesayangan (Siti Sarah). Tahniah Uwais dan tuan pengarah (Raisuddin Hamzah). Siti akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampailah dihujung nafas terakhir.” Dalam pada itu, Shuib juga memuji lakonan anaknya itu yang disifatkan sama seperti arwah isterinya. “Bagusnya anak daddy Uwais berlakon, sebijik macam ibu. Sayang Uwais. Alfatihah buat kesayangan dunia dan akhirat, Siti Sarah Bt Raisuddin. Semoga syurgalah tempat mu.

Komen Warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak dapat menahan sebak dan turut terkesan melihat lakonan Uwais yang mirip wajah arwah ibunya itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version