PERSONALITI media sosial Ubai selamat menjalani operasi kecil membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Kata Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dia mula menyedari ketumbuhan tersebut sejak tiga tahun lalu. Atas nasihat doktor dan bimbang ketumbuhan itu semakin membesar, Ubai mengambil keputusan untuk melakukan operasi.
“Hanya operasi kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini. Ia semakin membesar dan doktor juga nasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu saya lakukan operasi,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Terdahulu, Ubai memuat naik gambar ketika dan selepas menjalani operasi itu di Instastory miliknya. Dalam pada itu, kekasih kepada penyanyi Shila Amzah ini turut meluahkan rasa syukur kerana operasi itu berjalan lancar.
Masih dalam keadaan lemah, Ubai berkata dia dinasihatkan oleh doktor untuk berehat. “Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi,” ujarnya ringkas. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.