Baru-baru ini Dr Say Shazril memuat naik tentang pengalaman mengambil kad Orang Kurang Upaya anak sulungnya yang disahkan menghidap autisme. Menerusi hantarannya di Instagram (IG), Dr Say berkongsi tentang perasaannya ketika mengambil kad kurang upaya untuk anak istimewanya itu di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang. “Saya daftar untuk kad OKU Ace pada Januari 2023. Sabtu baru-baru ini saya semak di atas talian & kad OKU Ace sudah boleh untuk dituntut. 4 bulan untuk kad kurang upaya siap. Terus terang cerita bila nak amik kad tersebut hari ini terasa sangat berat, rasa macam “aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?”. Tapi saya gagahkan jua sebab saya juga yang memohon kad itu.
Sampai dekat JKM Sepang, sepi tak ada orang lain. Macam suasana dicipta untuk saya mendalami yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya & ini buktinya. Bila kad tersebut dihulurkan dekat saya, saya ucap terima kasih pada pegawai JKM & terus saya meluru masuk kereta.” Dalam pada itu, dia juga meluahkan rasa sebak ketika melihat nama dan wajah anaknya pada kad tersebut. “Dalam kereta saya amati elok-elok kad kurang upaya tu. Besar tulisan KAD kurang upaya. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya & ada gambar Ace senyum yang cukup suci, ikhlas & naif. Berjurai air mata saya, saya tak tau sebab apa.
Bagaimanapun, sebagai seorang bapa yang mempunyai anak istimewa dia tidak pernah berasa malu dengan keadaan anaknya malah baginya kad tersebut adalah sebagai medium bantuan untuk masa depan anaknya kelak. “Nak kata saya malu pegang kad kurang upaya ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yang boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau isteri tiba-tiba tiada di dunia ni. Nak kata saya sedih anak saya kurang upaya juga tak sebab kurang upaya tidak semestinya dia tak boleh enjoy hidup di dunia ini seperti kanak-kanak yang lain. Saya serius tak tahu kenapa saya sayu tapi saya mengambil masa yang agak lama untuk menerima bahawa anak saya kini ‘SECARA RASMI’ berbeza daripada orang lain.
Sementara itu, bapa kepada dua orang anak ini juga menitipkan pesanan kepada ibu bapa diluar sana agar jangan pernah berasa malu untuk memohon kad kurang upaya kerana banyak manfaat dan hak yang disediakan untuk mereka. “Saya tahu mesti ramai persoalkan “kenapa buat kad untuk Ace, kesian dia”. Kalau kalian tak tahu, kad ini ada banyak keistimewaannya antaranya pengecualian bayaran MyKad, pengecualian bayaran rawatan perubatan, ‘butterfly effect’ bila melancong tapi ULTIMATUMnya adalah sekiranya penjaga anak kurang upaya pergi menghadap illahi, kad ni lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.
Kalau anda atau anak anda kurang , jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul-betul nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan & keistimewaan sebagai pemegang kad kurang upaya. Anak saya ada kad kurang upaya dan saya redha. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.