Sebelum ini, pasangan merpati dua sejoli iaitu pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu bersama tunangnya, Watie Hanifiah telah dijemput sebagai tetamu dalam program MeleTOP telah berjaya meraih perhatian ramai. Susulan itu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Watie di laman Instagramnya, dia mengakui gementar ketika menghadiri program tersebut yang merupakan pengalaman pertamanya bercakap di hadapan televisyen. Dalam perkongsian itu, Watie yang juga merupakan seorang usahawan mendedahkan rancangan tersebut adalah kenangan manis yang mereka berdua ada selama menjalinkan hubungan. Klik sini untuk lihat video.
“Simpan sini buat kenangan. Banyak benda sebenarnya pertama kali dengan encik tunang ni sebab tu tahap gabra tu kadang tak boleh nak bawak bincang dah. Dan bila scroll punya scroll telefon masing-masing, rupanya ni juga video pertama yang kami berdua ada untuk moment berdua sweet-sweet macam ini. Jadi dah boleh bayangkan tak gementar tu macam mana. Psttt…awak tak malu kan dah terbawa saya masuk televisyen?” soal Watie kepada Shuib. Menjengah ke ruangan komen, bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, rata-rata warganet tidak menyangka rupa-rupanya tunang Shuib seorang wanita yang pemalu.
Sekadar info, Shuib telah melangsungkan majlis pertunangan bersama Watie pada 6 Mei lalu dan bakal diijab kabulkan pada 23 Jun ini. Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.