Pentas Big Stage 5 sememangnya menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi dengan kehadiran dua hos yang memeriahkan program saban minggu. Penaja rancangan hiburan tersebut juga merupakan pasangan selebriti terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel menerusi syarikat mereka, WAWA Cosmetic. Perkongsian Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin di Instagram sewaktu kehadirannya di Big Stage 5 telah mendapat perhatian ramai.
Memetik laporan dari Astro Gempak, pakaian yang digayakan oleh pelakon itu telah mendapat teguran daripada netizen yang merasakan ia sedikit ketat. Teguran tersebut dibalas dengan Wawa di ruangan komen dan dia dengan sopan menyatakan yang minggu hadapan akan memperbaiki lagi pakaiannya. Jawapan yang diberikan pelakon filem Sabda Kekasih ini ternyata mendapat pujian ramai memandangkan dia menerimanya dengan hati terbuka.
Dia juga telah menutup ruangan komen untuk posting video sewaktu menggayakan busana terbabit. Untuk rekod, Wawa dan Aeril telah menjadi penaja utama untuk Big Stage musim ke-5 tahun ini. Program berkenaan bersiaran setiap Ahad secara langsung di Astro Ria jam 9 malam dan dihoskan oleh Elly Mazlein serta Rina Nose. Antara juri yang bertindak memberikan komen saban minggu adalah Ajai, Aina Abdul dan seorang lagi juri jemputan. Manakala, presiden warganet pula terdiri daripada artis dan juga influencer yang bertindak membacakan ciapan-ciapan penonton Big Stage 5 di Twitter.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.