Zul Ariffin luah rasa syukur sebab dapat tunaikan haji untuk kali pertama, di bakal berangkat ke Makkah 10 jun nanti

PELAKON Zul Ariffin melahirkan rasa syukur apabila bakal menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada Jun ini. Zul atau Zulkifli Ariffin, 37, berkata, dia sepatutnya berangkat lebih awal ke Tanah Suci Makkah namun terpaksa mengubah tarikh bertolak pada 10 Jun kerana terikat dengan komitmen penggambaran. “Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran. “Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji. Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” katanya.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui di lawatan media filem Syerif di Lapangan Terbang Lama, Pengkalan TUDM pada malam Isnin. Kata Zul dia menerima tawaran untuk menunaikan haji namun tidak pasti sekiranya ia melalui cara VIP (very important person) atau sebaliknya. Jelasnya, dia menganggap tawaran tersebut sebagai durian runtuh memandangkan perancangan untuk berpuasa dan beraya dia sana sebelum ini tidak kesampaian.

“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji. “Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. “Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” katanya lagi. Ditanya mengenai perubahan selepas pulang menunaikan haji, Zul berkata hanya mengharapkan yang terbaik sahaja. “Insya Allah, doakan. Cuma saya tak tahu kan dah tiba-tiba dapat rezeki,” ujarnya.

Berkongsi lebih lanjut, Zul memgakui bimbang dengan dugaan yang perlu dihadapi di sana terutama orang ramai dan cuaca yang agak panas. Zul berkata dia juga terpaksa menunda beberapa projek kerana mahu mengambil kesempatan menunaikan haji pada kali ini. “Saya sebenarnya ada projek tapi terpaksa ditunda sebab nak mengerjakan haji. Kalau umrah saya mungkin dah tahu tapi haji belum lagi. “Kita nak kena pergi awal, dengan ramai orang dan musim panas. Jadi saya terpaksa tunda projek yang kerana bimbang tak dapat beri komitmen.

“Saya teruja nak mengerjakan haji, cuma lautan manusia itu tak tengok lagi sebab musim haji selalu kita tengok dalam televisyen ini kita lalui pula dengan musim panas,” kongsinya. Min doakan semoga urusan Zul Ariffin dipermudahkan. Rezeki dia dapat pergi haji awal. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version