“Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada ‘plot twist’ lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik,” kata pelakon, Puteri Sarah mengenai kemelut rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof. Sarah berkata, mereka sepakat hendak mengakhiri masalah rumah tangga secara baik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. “Saya sendiri tidak menyangka ada ‘plot twist’ dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.
“Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergdh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak,” katanya. Sementara itu, Sarah yang melancarkan buku Puteri Sarah : Terus Melangkah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini berkata, buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini bakal mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum. “Saya ada maklumkan kepada Syamsul mengenai pelancaran buku ini, tetapi saya beritahu dia ia bukan mengenai kehidupan kami sebaliknya perjalanan hidup saya. Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik saja.
“Ini mungkin satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya yang mana mendapat keluarga dan mentua yang sangat baik. Saya gembira kerana biarpun Allah ambil satu bahagian tetapi Dia beri yang lain pula sebagai ganti. Jadi, saya tidak terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana Allah menggantikan dengan sesuatu yang berharga,” katanya. Sumber: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.