Peminat Teruja Sarah Suhairi berduet bersama Dayang Nurfaizah.

Terdahulu suara penyanyi muda ini, Sarah Suhairi dikatakan mirip dengan penyanyi hebat Dayang Nurfaizah dengan salah satu lagu popularnya ‘Di Pintu Syurga’. Sarah Suhairi menerima kritikan dari warganet yang suaranya seakan Dayang Nurfaizah semenjak dia menyertai Big Stage musim pertama dahulu.

Sarah Suhairi pernah menyuarakan, bahawa dia berasa malu dan tidak layak untuk disamakan suaranya dengan penyanyi hebat yang pernah merangkul tiga kali kategori Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu itu.

Menurutnya lagi amat jauh untuk disamakan, akan tetapi dia mengambil kata-kata itu sebagai semangat supaya suatu hari nanti dia boleh berjaya seperti idolanya itu.

Baru-baru ini, di akaun tiktok milik @blondesouth sempat memuat naik satu video yang mendapat perhatian ramai terutamanya daripada peminat-peminat Dayang Nurfaizah dan Sarah Suhairi. Di dalam video berkenaan, memaparkan Dayang Nurfaizah menunaikan permintaan peminatnya untuk bernyanyi atau berduet bersama Sarah Suhairi.

Selepas mendengar Dayang Nurfaizah dan Sarah Suhairi menyanyi, rata-rata pada ruangan komen, warganet menyamakan tone suara serta wajah mereka juga seakan sama. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version