Dah kurus pakai baju tak sopan, Norren Iman teruk kena kritik dengan warganet

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman didakwa semakin seksi apabila memuat naik beberapa foto antaranya menampakkan bahagian perutnya di laman Instagram. Menerusi sebuah posting, pelakon berusia 29 tahun itu menyambut ulang tahun perkahwinan yang kesembilan bersama suami tercinta Razzi Razak di sebuah restoran mewah. Sempena makan malam istimewa itu, Norreen dilihat mengenakan crop top berwarna hijau yang hanya menutupi bahagian dada serta skirt jeans berwarna biru sambil memegang sejambak bunga.

“Happy 9th Anniversary baba @razzirazak. I love you sooooo much. Thank you for taking care of me, understand me and always be there for me. Bini gla tapi suami cool liddat tibahh. Sayang you sangat Razzi,” tulisnya pada ruangan kapsyen. Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan warganet menegur penampilan pelakon drama Cina Buta itu yang dianggap berani kerana mendedahkan bahagian tertentu.

Walau bagaimanapun, rakan artis dan pengikut rata-rata memberikan ucapan ‘happy anniversary’ dan pujian terhadap bentuk badannya yang dikatakan semakin kurus. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version