Dapat 11A dalam spm, remaja ni dapat lebih dari 10 tawaran sambung belajar dan biasiswa

Remaja yang mendapat 11A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi, 18 telah mendapat lebih 10 tawaran menyambung pelajaran beserta biasiswa selepas meraih keputusan cukup cemerlang. Kisah Syahril tular apabila mendapat keputusan yang cukup membanggakan walaupun perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit. Namun, selang dua hari selepas keputusan diumumkan, ibunya telah kembali ke rahmatullah dan solat telah dipimpin oleh Syahril sendiri.

Memetik laporan dari Harian Metro, remaja berkenaan memaklumkan yang dia  perlu melakukan solat istikharah dan berbincang dengan ahli keluarga sebelum membuat sebarang keputusan. Dia juga buat masa ini lebih fokus untuk mengambil Sijil Tinggi  Agama Malaysia (STAM) kerana ingin mengejar cita-citanya sebagai seorang pensyarah. “Saya akan buat perancangan, langkah demi langkah untuk pilih mana yang terbaik. Tawaran memang banyak daripada pelbagai agensi, saya ucapkan seribu penghargaan dan terima kasih kepada semua yang bagi tawaran biasiswa.

“Doakan saya dan keluarga, semoga kita semua berjaya dunia akhirat dan jadi pemimpin Islam yang benar-benar membawa kebenaran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis. Dalam pada itu, dia berharap kejayaan yang diraih tidak tertumpu kepada dirinya sahaja kerana disebalik keputusan yang membanggakan ini, ada ahli keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan juga ibu tersayang yang sentiasa memberikan dorongan. “Banyak yang umi pesan pada saya, tapi biarlah jadi simpanan peribadi saya,” katanya .

Syahril juga mengakui bahawa mendapat beberapa tawaran biasiswa untuk dirinya melanjutkan pengajian dari beberapa bank terkemuka termasuklah Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kejayaan remaja ini telah menyentuh hati ramai apabila tular video dia menerima keputusan 11A dalam SPM ketika berada di rumah menguruskan ibunda yang terlantar sakit pada Khamis minggu lalu. Namun, pada hari Sabtu, ibunya dimaklumkan telah pergi menghadap illahi dan jnzh allahyarham telah disemadikan bersebelahan pusara suaminya yang pergi menghadap illahi pada 11 tahun yang lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.

Exit mobile version