Pelakon, pengarah dan pelawak veteran, AR Badul tampil menafikan khabar angin mengatakan dirinya sudah bernikah dengan aktres, Annie Ariffin seperti mana heboh di media sosial. Memetik laporan, pemilik nama Armaya Aman Ramlie menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Malah, dia yang juga abang kepada pelakon pelakon Adlin Aman Ramlie berpendapat aktres tersebut layak untuk mendapat pasangan hidup lebih baik.
“Dari mana khabar angin itu datang? Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Annie anak saya. Berita itu tidak benar sama sekali. Mungkin Annie boleh cari lelaki yang lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini. Wujud fitnah,”ujarnya. AR Badul berkata, dia mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada media ketika ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharu arahannya berjudul Vik2toria Secret kerana tidak mahu fitnah berkenaan bertebaran dan makin berlarutan.
Tambah Badul, dia juga mengakui sedar diri lebih-lebih lagi usianya sudah mencecah 73 tahun selain menjelaskan ia sudah menjadi asam garam selebriti menjelaskan dakwan tidak berasas. “Saya dah 73 tahun, takkan tak sedar diri lagi. Bukan kata saya baik. Saya tidak kesal. Ini kerana itu merupakan asam garam apabila bergelar seorang selebriti. Sebelum ini ada berita mengatakan saya sudah pergi menghadap illahi. Terkapai-kapai saya pergi balai polis,”ujarnya lagi.
Badul juga mendedahkan dirinya pernah mendapat tuduhan tidak berasas dengan menggunakan ‘ilmu’ bagi menawan hati mana-mana wanita. “Ada yang kata saya ini gunakan ilmu. Rahsia baik hati dengan orang, nak cuba mana-mana wanita boleh. Kalau dia tidak layan, jangan. Jangan susahkan diri. Zaman dulu, saya kacak. Orang sering kaitkan dengan mana-mana wanita. Kalau sekarang pun masih ada, saya anggap alah bisa tegal biasa,”katanya lagi.
Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.