Johnny Depp derma wang pampasan kes saman fitnah beliau kepada badan amal terpilih.

Pelakon Hollywood, Johnny Depp memilih beberapa badan amal untuk menderma wang pampasan yang diterima daripada bekas isteri, Amber Heard berjumlah AS$1 juta (RM4.6 juta) selepas memenangi kes saman fitnah yang penuh kontroversi.

Stesen penyiaran CNN melaporkan, Depp telah memilih lima badan amal untuk menyumbangkan wang penyelesaian itu termasuk Yayasan Make-A-Film, The Painted Turtle, Red Feather, Tetiaroa Society Marlon Brando dan Amazonia Fund Alliance.

Pelakon filem ‘Pirates of the Caribbean’ itu merancang untuk menderma AS$200,000 (RM924,100) kepada setiap satu daripada lima badan amal tersebut. Semasa perbicaraan mahkamah di negeri Virginia, juri memutuskan bahawa Depp dan aktres, Heard bersalah dalam kes saman fitnah tersebut pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua mereka kemudian mencapai penyelesaian pada Disember dengan Heard bersetuju untuk membayar AS$1 juta (RM4.6 juta) kepada Depp sebagai ganti rugi. – Agensi . Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version