Semua tuntutan termasuk kes saman Puteri Sarah dan Ira Kazar telah selesai

 Peguam syarie yang mewakili pengarah filem Syamsul Yusof mengesahkan kesemua tuntutan termasuk isu saman antara Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar telah selesai.

Bagaimanapun peguam syarie, Azmi Mohd. Rais berkata, maklumat terperinci mengenai isu saman Puteri Sarah dan Ira tersebut tidak boleh didedahkan. Penyelesaian secara global (menyeluruh). Tiada dakwa-dakwa lagi antara kedua-dua belah pihak maknanya perjanjian (penyelesaian) menyeluru.. ya termasuk sivil,” kata peguam syarie itu.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah memfailkan tindakan saman sivil terhadap Ira apabila yang mendakwa wanita itu mengganggu rumah tangganya. Terdahulu, Puteri Sarah ketika ditanya mengenai perkara itu enggan mengulas lanjut mengenai kes saman yang difailkan terhadap Ira sebelum ini.

Mengenai kes (saman) dengan dia pun saya tak boleh dedahkan lebih lanjut. Peguam syarie mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir kemudian memaklumkan, pihaknya masih belum berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

Kes itu belum lagi dan tidak termasuk, bila di mahkamah tinggi baharu kami akan usulkan mengenai perkara itu. Setakat ini belum boleh dikongsi lagi. Sebab kami kena ke mahkamah tinggi untuk merekodkan semuanya, jadi ia masih dalam proses dan confidential (sulit),” katanya.

Pagi tadi, kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah, akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian talak satu dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perceraian mereka. 

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version