Ini pula komen warganet bila tengok Ella selamba je berpelukan dengan Amir Masdi depan suami

Tindakan penyanyi rock Ella yang memberi pelukan terhadap penyanyi Amir Masdi mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang kurang senang dengan budaya sebegitu. Menerusi perkongsian di TikTok, Amir Masdi dilihat hadir ke konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 dan kemudian bergambar bersama penyanyi rock tersebut sebagai kenangan. Dalam video itu, Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin dilihat menyambut kehadiran Amir dengan satu pelukan. Namun, hal itu tidak disenangi oleh para warganet yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Amir meluahkan rasa keterujaan dapat bertemu pelantun lagu ‘Rama-Rama’ dan melabelnya sebagai ‘Ratu Rock’. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyentuh mengenai reaksi suaminya yang dilihat seakan terkejut dengan tindakan penyanyi rock tersebut. Selain itu, terdapat juga segelintir warganet yang menasihati dua penyanyi hebat ini untuk menjaga pergaulan dan memuliakan imej seorang yang beragama Islam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version