Anak sulung kepada individu yang terlibat dengan kejadian tak diingini di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, meluahkan rasa kecewa terhadap suspek yang dikatakan tidak mengambil tanggungjawab terhadap kejadian tersebut. “Saya sama sekali tidak dapat terima sikap tidak bertanggungjawab suspek yang langsung tidak membuat panggilan kepada pihak hospital atau berjumpa dengan kami ahli keluarga untuk meminta maaf.”
Jelasnya, pihak suspek tidak mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak hospital ekoran kejadian kejadian tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh diterimanya dan seluruh ahli keluarga. Katanya kepada Sinar Harian lagi, seandainya suspek bersalah kerana melawan arus dan menyebabkan ayahnya, Ahmad Fadzil Omar Azzadin pergi menghadap illahi sekalipun, setidak-tidaknya suspek patut mencari dia sekeluarga untuk memohon maaf. “Buat masa sekarang, kami sekeluarga sangat bersedih dan masih terkejut di atas pemergian ayah tercinta.
Tetapi kami sekeluarga tidak dapat menerima perbuatan suspek yang melarikan diri dan langsung tidak cuba mencari kami untuk memohon maaf. Malah suspek juga tidak berusaha menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan pertolongan buat ayah.” Kenyataan yang diberikan oleh Muhammad Hafidz itu ketika sumber bertemu dengannya di Unit Perubatan Forensik Hospital Ampang, selepas proses bdh siasat dilakukan. Meskipun dia kelihatan tenang keluar dari bilik forensik, namun sumber melaporkan bahawa dapat dilihat air matanya bergenang di kelopak mata. Dia hadir ke hospital ditemani seorang sahabat dan beberapa ahli saudara terdekat.
Proses bdh siasat selesai sekitar 1 tengah hari dan urusan mandi dilakukan di Masjid Al-Azim, Pandan Indah. Jnzh dijangka diuruskan di Tanah Islam Ukay Perdana petang ini. Dalam pada itu, Muhammad Hafidz juga turut menjelaskan bahawa pihak polis telah hadir ke rumah dan memaklumkan kejadian menyayat hati tersebut kepada ibunya. “Pada mulanya, saya menjangkakan ayah hanya mengalami kelukaan atau patah kaki. Saya sudah bertekad untuk menjaganya. Namun ALLAH lebih menyayanginya dan menjemputnya menerusi kejadian ini,” ujarnya. Meskipun begitu katanya, ada perkara baik yang disampaikan oleh pihak hospital mengenai ayahnya.
Jelasnya, ayah dipercayai terus dijemput Ilahi sebaik sahaja terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melwn arus. “Apabila terhentak ke tanah, saraf tunjang arwah ayah di tengkuk dipercayai telah terputus. Atas asbab itu, ayah pergi dengan cepat tanpa ada sebarang kesakitan.” Muhammad Hafiz turut memohon kepada orang ramai mengenali ayahnya untuk mendoakan kebaikan buat ayah agar berada dalam kalangan orang-orang beriman serta beramal soleh.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.