Muat naik video dengan isteri masa dalam pesawat, sekali ini pula yang warganet perasan pada isteri MK KClique

Perkongsian penyanyi rap, MK K-Clique ketika dalam sebuah pesawat bersama isterinya Siti Hajaar jadi tumpuan pengikut di laman Instagram. Menerusi satu video di InstaStory, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat merakam momen mengusik isteri yang lena tertidur di atas ribanya. Sebelum itu, beberapa video memaparkan pasangan tersebut sedang menguruskan dokumen perjalanan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang yang dirakam orang awam sehingga tular di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun @scarfpengantin, penyanyi berusia 27 tahun itu memakai t-shirt manakala isterinya mengenakan abaya dimana kedua-duanya sedondon berwarna hitam. Berdasarkan komen seorang individu, MK dipercayai membawa isterinya pulang ke kampung halaman di Tawau, Sabah kemungkinan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha. Bagaimanapun, kebanyakan warganet masih terpegun dengan personaliti Siti Hajaar apatah lagi dilihat gemar memakai abaya yang menyerlahkan lagi kecantikan serta kesopanannya. Klik sini untuk lihat video.

Untuk rekod, pasangan berkenaan selamat mendirikan rumah tangga dalam satu majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 16 Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version