Syukur sebab dapat hak penjagaan ank, tapi momen ank malu nak jumpa dengan bapa kandung jadi perhatian warganet

Seorang wanita yang juga ibu berkongsi detik ketika dia memperoleh hak penjagaan anak di mahkamah. Menerusi perkongsian di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Asha Razak itu dilihat berpesan kepada anaknya supaya peluk dan cium bapa kandungnya apabila mereka berjumpa. “Hari ini, Allah izin dan kurniakan rezeki buat Adra untuk berjumpa. Sebelum ni hari hari ibu cakap “nanti kakak akan jumpa ayah kakak’ dan ibu selalu tunjuk gambar supaya dia tak lupa pada wali dia. Setelah selesai kes di mahkamah, bapa dan anak itu dilihat bertemu dan berbual-bual, walaupun kanak-kanak itu kelihatan malu-malu dan kekok. Klik sini untuk lihat video.

“Asha dan suami sebak bila tengok mereka berjumpa tadi. Adra kenal dan masih ingat pada ayahnya. ‘Abi(bapa tiri), kakak malu dengan ayah (bapa kandung)’  kata Adra. Dalam pada itu, dia juga menzahirkan kesyukuran dengan keputusan mahkamah tersebut. “Berkat usaha dan doa selama ni, Allah izinkan juga segalanya selesai pada harini. Alhamdulillah! Terima kasih atas segala doa baik kalian. Terima kasih juga telah mengikuti segala perjalanan kami selama ni.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen bapa dan anak itu dan memuji sikap matang ibu bapa Adra. Ada juga warganet yang mengalami situasi sama, justeru itu mereka memahami perasaan dan respon kanak-kanak tersebut ketika bertemu bapanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version