Izzue Islam lebih selesa hidup sederhana, bersyukur sebab dapat isteri yang tak pernah minta bukan bukan

PELAKON dan penyanyi Izzue Islam meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sederhana dan cukup memahami dirinya. Kata Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, isterinya iaitu Awin Nurin tidak pernah mengharapkan balasan setiap kali melakukan pengorbanan dalam rumah tangga mereka. “Saya bersyukur memperisterikan dia… dia tak pernah minta bukan-bukan. Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu!

“Isteri saya ni kalau dia berkorban untuk orang tak apa, tapi kalau orang nak buat untuk dia, dia tak mahu pula. “Kalau nak sesuatu pun dia akan beli guna duit simpanannya sendiri. Saya untung dapat dia! InsyaAllah cinta saya akan sentiasa hidup untuknya,” katanya. Izzue berkongsi perkara itu ketika ditemui di Pushbike Championship 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Berkongsi mengenai sikap isterinya, Izzue memberitahu Awin sentiasa membuat kejutan setiap kali tiba ulang tahun kelahirannya. Namun apabila tiba gilirannya, Awin memilih untuk mengutamakan hal kerja dan mahu disambut secara sederhana sahaja. Malah ulang tahun kelahiran isterinya baru-baru ini juga masih belum diraikan kerana mereka terlalu sibuk bekerja. “Saya tak pernah lupa hari lahirnya cuma saya terlalu sibuk kerja. Saya mengaku tak sempat nak beli hadiah tapi dia tak kisah dan minta saya utamakan kerja dahulu.

“Kami selesa hidup sederhana, kadang-kadang hari jadi dah lepas barulah dapat hadiah. “Apabila hari jadi saya, kami sambut tapi bila tiba giliran dia pula tak mahu. “Terpaksalah saya rancang buat kejutan untuk isteri,” ujarnya. Untuk rekod, Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version