Selepas lebih 10 hari bergelar isteri, pelakon dan penyanyi Janna Nick mengakui bahagia menjalani alam rumah tangga bersama suaminya Dini Schatzmann. Menurut laporan Astro Gempak, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata, kehidupan selepas berkahwin sedikit berbeza bersama suami yang mempunyai sikap pembersih serta ringan tulang. “Alhamdulilah seronok lepas berkahwin ni kita tahu setiap kali balik kerja walaupun dalam keadaan ‘stres’ tapi kita tahu mesti ada orang di rumah yang akan bersama kita.
Apa yang best bila bangun tidur ada orang kemas katil… tu paling seronok bagi saya. Sebelum berkahwin saya tahu dia seorang pembersih dan rajin tetapi bila tinggal sekali ya memang terbukti dia memang seorang lelaki begitu. Kalau dulu balik kerja akan terus baring atas katil saja tapi dengan Dini dia akan jerit suruh saya mandi dahulu,” katanya. Bagi Dini atau Dini Azan Schatzmann pula, dia turut gembira apabila dapat menjalani rutian harian bersama orang tersayang yang dikenali sejak empat tahun lalu.
Malah, Dini yang juga pelakon berkongsi, dia juga dapat merasai air tangan pertama isterinya selepas berkahwin iaitu mee sanggul yang dipuji sungguh melazatkan. “Mestilah seronok sebab kita ada teman tak kira nak tidur bersama dia, bangun pagi pun bersama dia. Apa yang penting boleh buat semua perkara bersama lah. “Selepas berkahwin ini tak banyak perkara yang berbeza tentang Janna sebab dia seorang yang pandai berkomunikasi. Dia tidak pernah sorok akan sikap dan dirinya dari awal perkenalan sehingga kini, jadi mudah,” kongsinya.
Terdahulu, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah di Masjid Aishah, Langkawi pada 10 Jun lalu sebelum melangsungkan majlis resepsi di sebuah resort terkemuka di lokasi pelancongan tersebut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.