Kena kritik dengan warganet, Janna Nick muat naik berbulan madu sambil ditemani dengan anjing

Hampir seminggu majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann yang berlangsung di Langkawi telah menjadi bualan warganet. Terbaru, Janna telah berkongsi video sewaktu mereka sedang bercuti menikmati bulan madu di Thailand bersama suami tercinta. Namun begitu, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana ada seekor anjing yang turut sama mengikuti mereka dalam melakukan aktiviti di air.

Kebanyakan warganet berasa kurang senang dengan situasi tersebut memandangkan anjing merupakan antara haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah. Menjengah ke ruangan komen, ada di antara mereka mendakwa yang Janna seakan sengaja mengundang kritikan warganet memandangkan tindakan tersebut dianggap satu perkara yang sensitif terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.

Namun begitu, ada juga yang merasakan apa yang dilakukan pelakon drama Puteri Lindungan Bulan tidak salah kerana sudah tentu dia mengetahui tentang hukum hakam berkaitan haiwan tersebut. Untuk rekod, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner dan Muhamad Dini Azan Schatzmann telah selamat bergelar suami isteri apabila mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi. Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa Janna dan menerima mas kahwin sebanyak RM2,703.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version