Bagi pencinta kucing, haiwan peliharaan itu juga merupakan ahli keluarga dan mereka akan seboleh-bolehnya ingin membawa kucing untuk pulang beraya bersama, tetapi ramai yang mempunyai masalah untuk memastikan perjalanan itu tenang dan tidak bermasalah. Kebanyakan kucing akan ‘meragam’ sejurus menaiki kereta kerana mereka tidak biasa dengan persekitaran tersebut, kalau kampung jauh lagi lah susah kan.
Bagaimanapun, seorang lelaki yang difahamkan bekerja di sebuah kedai barangan keperluan kucing berkongsi tips untuk memudahkan perjalanan Si Comel untuk balik kampung. Lelaki itu menyarankan untuk puasakan kucing anda selama 12 jam dan sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan ‘potty pad’ sebagai back up. Dia juga berkongsi, tuan kucing boleh sediakan treats atau snek untuk si manja jika mereka kelihatan moody dan tidak tenang. Selain itu, owner kucing juga boleh menyediakan catnip atau calming spray. Fungsi catnip adalah untuk melegakan kekejangan otot dan kucing akan lebih tenang setelah menghidu tumbuhan tersebut. Dah ada tips ni, korang jangan tinggalkan meow meow dekat rumah pula ye. Sian dorang sunyi nanti. Sumber, lobak merah