Warganet Teruja Meerqeen Buat Video Tiktok Dengan Peminat.

Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih dikenali sebagai Meerqeen, dilahirkan pada 4 Jun 2001 dan berasal dari Ampang. Meerqeen juga merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki dari Malaysia.

Meerqeen memulakan kerjayanya, selepas menyertai satu pertandingan Hero Remaja 2019/2020. Meerqeen lebih dikenali ramai, apabila drama lakonannya bersama Anna jobling iaitu ‘Melur Untuk Firdaus’ mendapat tempat di hati penonton bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.

Baru-baru ini, akaun tiktok milik @m00shhhh memuat naik satu video mengenai Meerqeen yang meraih perhatian ramai terutamanya bagi peminat-peminatnya.

Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 393 ribu, 28 ribu tanda suka dan 200 komen. Di dalam video berkenaan, memaparkan Meerqeen bersama dengan peminatnya yang merupakan pelajar UKM, membuat tarian yang sedang tular di laman tiktok. Rata-rata peminat teruja dan meninggalkan pujian pada video berkenaan mengenai penampilan Meerqeen serta mereka tertaya-tanya berapakah ketinggian Meerqeen.

Ketinggian yang dimiliki oleh Meerqeen sekitar 175 cm hingga 178 cm. Apa-apa pun, sebagai seorang selebriti haruslah melaya permintaan peminatnya dengan sebaik mungkin agar mereka bertambah selesa dan makin diminati. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version