Sampai kena marah sebab nak minta duit sendiri, lepas 6 bulan bersabar Nadya Syahera nekad untuk buat laporan polis

PELAKON Nadya Syahera membuat laporan polis terhadap penganjur sebuah acara selepas enam bulan menanti bayaran tertunggak sebanyak RM6,000 yang masih belum dilunaskan. Nadya atau Nadya Syahera Rosli, 30, berkata, dia mengambil tindakan itu selepas pihak penganjur tidak memberi sebarang maklum balas apabila dia bertanya mengenai bayaran berkenaan. “Acara itu sudah lama selesai dan mereka masih belum menyelesaikan baki bayaran untuk penglibatan saya sebagai pengacara di salah sebuah lokasi.

“Sebelum ini saya tak buat laporan polis agar mereka dapat beri penjelasan dan menjelaskan baki bayaran namun semuanya sia-sia dan rasanya tindakan perlu diambil,” katanya. Nadya atau lebih mesra dengan sapaan Kak Bed sebelum itu berkongsi foto dia hadir di Balai Polis Sri Muda, Alam bagi membuat laporan. Dalam pada itu, Nadya berkata, pihak penganjur turut mendakwa ditipu oleh pihak lain sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai dana mencukupi bagi menjelaskan bayaran tersebut. “Mereka kata kena scam dan tak boleh nak bayar saya. Tapi bagaimana pula dengan saya? Kerja sudah selesai dan mereka sepatutnya membuat bayaran penuh.

“Apabila saya cuba berkeras mereka kata terlalu mendesak. Mereka juga seolah-olah marah disebabkan saya mahu menuntut bayaran. Saya geram sebab sepanjang lebih enam bulan ini pelbagai alasan yang diberikan,” ujarnya. Sementara itu, Nadya juga tidak keberatan untuk mengambil tindakan saman di mahkamah sekiranya pihak terbabit masih lagi berdiam diri. Baginya, dia berani bersuara kerana perkara ini sering berlaku dalam kalangan artis sehingga ada pihak yang mengambil mudah tentang isu pembayaran. “Perkara begini dah banyak kali berlaku. Bukanlah sebab nilai duit itu saya buat laporan, tetapi lebih kepada berani untuk bersuara.

“Jika mereka masih berdiam saya akan bawa laporan yang telah dibuat untuk tindakan sivil,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version