LUAHAN pelakon Nelydia Senrose yang sebelum ini memberi gambaran hatinya sedang hancur mendapat perhatian peminat. Mana tidaknya, ramai menyangka pelakon berusia 29 tahun ini mempunyai masalah rumah tangga dengan suami iaitu Mohd Hafez Halimi memandangkan dia turut membawa diri ke luar negara. “Membaiki kepingan hati yang hancur. I’m not okay, but it’s okay (Saya tidak okay, tetapi tidak mengapa),” tulisnya di Instastory miliknya pada 27 Mei lalu. Bagaimanapun spekulasi itu akhirnya terjawab apabila luahan itu tiada kena mengena dengan suaminya itu.
Sebaliknya Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen memuat naik foto bersama Mohd Hafez sewaktu menonton konsert penyanyi Beyonce Knowles yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium, London pada Sabtu lalu. Malah pasangan ini turut dilihat menonton konsert berkenaan bersama pelakon Che Puan Syamim Farid dan suaminya, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari. Dalam pada itu, Nelydia meluahkan rasa sebak kerana akhirnya dapat menyaksikan penyanyi kesayangan itu beraksi di depan mata. Nelydia berkata, lagu-lagu Beyonce membuatkan dia mengimbau kenangan sewaktu zaman persekolahannya.
“Saya menangis sepanjang persembahan terutamanya untuk beberapa buah lagu. Lagu jiwang sewaktu remaja masa tu umur 16 tahun. Ia membawa kembali memori dan emosi,” katanya. Nelydia berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Hafez pada 6 April 2019 namun mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.