Pemain piano terkenal Malaysia, Cathryn Li, menjadi tumpuan di media sosial apabila dia secara tidak sengaja menunjukkan duit simpanan di dalam akaun bank miliknya lebih RM40 juta.
Cathryn yang pada awalnya hanya ingin berkongsi mengenai penolakan duit yang dialami sebanyak RM28, sebaliknya mengejutkan orang ramai dengan pendedahan tersebut. Menerusi perkongsiannya di Instagram Story Cathryn, dia memuat naik satu tangkap layar penyata bank bagi menjelaskan potongan duit dipercayai dibuat tanpa kebenaran.
Bagaimanapun, tanpa disedari, Cathryn secara tidak sengaja telah mendedahkan sebahagian hartanya apabila dia tidak menutup ruang baki yang berjumlah RM40,360,535.25. Difahamkan, tangkap layar tersebut telah diturunkan selepas ia tular di laman media sosial baru-baru ini.
Sehubungan itu, rata-rata ramai terkejut dan tidak menyangka dengan kekayaan dimiliki Cathryn meskipun dia baru berusia 33 tahun. Cathryn yang dilahirkan di Malaysia turut dikenali sebagai seorang pelakon dan model terkenal mempunyai sebanyak 3 juta pengikut di Instagram. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.