ISU tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang didakwa mahal, penyanyi Faizal Tahir memberitahu perkara itu diluar kawalannya dan dia tiada kuasa untuk menentukan harga jualan itu. Mengakui terkejut pada awalnya, Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, bagaimanapun menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada pihak penganjur. “Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga ‘wow harga tiket macam ini ya’.
“Tapi perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini. “Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya,” katanya kepada pemberita. Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Dalam pada itu, Faizal mengakui sedikit tertekan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan. Namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut. “Mungkin ini sedikit sebanyak salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat berkenaan harga tiket yang ditawarkan kepada penonton. Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.
“Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi,” ujarnya. Faizal bagaimanpun mengakui sedikit kecewa apabila harga tiket itu dipersoal sedangkan peminat sanggup membayar lebih untuk menonton persembahan artis luar negara. “Ini satu persoalan yang bagus untuk masyarakat kita lihat sendiri. Boleh saja kalau saya nak cakap fasal isu ini tetapi saya bukan jenis seperti itu.
“Tak kisahlah harga artis dari Barat, Korea, Jepun atau Indonesia, peminat sanggup bayar mahal tetapi kalau artis kita mereka persoalkan. Saya rasa dengan pengalaman 17 tahun menyanyi, Alhamdulillah saya sudah dapat menghasilkan karya yang cukup baik untuk dihargai peminat bagi membayar harga sebanyak itu,” katanya. Sebelum ini, tular di media sosial apabila peminat mempersoalkan harga tiket konsert Aku Faizal Tahir Live In KL dijual dengan harga yang mahal. Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September ini dijual dengan harga tiket bermula RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP).
Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.