Shila Amzah minta peminat hentikan penggunaan nama gelaran yang dibuat gabungan tanda pagar .

Kurang senang dengan gabungan tanda pagar #ShiBai yang digunakan segelintir pihak, penyanyi Shila Amzah meminta menghentikan penggunaan gelaran itu. Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, menyifatkan tindakan terus menggunakan tanda pagar itu sebagai tidak berakal jika sudah berulang kali diingatkan sebagai kurang baik.

Tegas Shila, 33, dia pernah menasihati orang ramai mengenai perkara itu memandangkan sebutan tanda pagar berkenaan kedengaran kurang sopan. Hashtag itu (#ShiBai) bunyi tidak elok, kemudian orang ramai suka buat main dengan perkara itu. Jadi saya tidak suka. Dan saya tiada masalah untuk beritahu orang yang saya tidak suka. Orang kena hormat yang saya tak suka.

Kalau mereka buat juga maknanya mereka tiada otak, setidaknya saya dah beritahu saya tidak suka hashtag itu. Shila yang baru mengikat tali pertunangan dengan pempengaruh media sosial, Ubai MZ, 25, pada 27 Mei lalu meluahkan rasa kurang senang mengenai isu itu di media sosialnya baru-baru ini.

Bukan itu saja, malah Shila turut meninggalkan komen di sebuah hantaran program hiburan meminta menukar penggunaan tanda pagar berkenaan. Terdahulu, pasangan ini mengaku bercinta menerusi sesi siaran langsung aplikasi TikTok.

Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan. Pasangan itu bercerai pada Februari 2022. Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version