Datuk Yusof Haslam luah rasa syukur apabila kemelut rumah tangga anak menantunya selesai.

Produser terkenal, Datuk Yusof Haslam meluahkan kesyukuran bila mendapat tahu kemelut rumah tangga pasangan anak dan menantunya, Syamsul dan Puteri Sarah Liyana akhirnya menemui jalan penyelesaian terbaik hari ini. Menurut Yusof, walaupun sudah bercerai, dia berharap Syamsul akan terus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Alhamdulillah, mereka sudah berpisah secara baik demi masa depan anak-anak yang juga darah daging mereka. Walaupun sudah bercerai, semoga hubungan Syamsul dan Puteri Sarah terus berjalan tanpa dendam dengan menganggap tiada jodoh dengan apa yang sudah terjadi,” katanya kepada Harian Metro.

Datuk Yusof berkata demikian ketika diminta mengulas berita perceraian Syamsul, 39, dan isteri pertamanya, Puteri Sarah, 38, yang sah bercerai talak satu jam 12.25 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Sebagai ibu bapa, kata Yusof, mereka sentiasa mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan Puteri Sarah. Mereka kena ‘move on’ perceraian mereka memang menyedihkan  tapi sebagai ibu bapa, kami reda jika itu jalan yang terbaik. Insya-Allah, jika ada jodoh mereka  akan bersatu semula jika itu takdir yang tertulis,” katanya.

Terdahulu, Pengarah filem Mat Kilau :  Kebangkitan Pahlawan itu yang juga nama penuh Mohd Syamsul Mohd Yusof melafazkan cerai talak satu kepada Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version