SELAMA sebulan mengerjakan umrah Ramadan lalu, ia rezeki dan pengalaman terindah pelakon, Shasha Abedul, 27. Namun, pandangan masyarakat terhadap mereka yang sudah mengerjakan umrah ini berubah ke arah lebih baik amat tinggi. Umpama, kalau sebelumnya tidak bertudung, imej itu diubah selepas pulang dari umrah.
Pun begitu, Shasha nampaknya masih selesa dengan imej lama iaitu tidak bertudung. Justeru, dia mengakui menerima kecaman akibat tindakan itu terutama daripada warganet di media sosial. Malah, dia juga dikecam ahli keluarga terdekat yang mempersoalkan imejnya.
Shasha bagaimanapun tidak cepat melatah terhadap segala kecaman itu kerana masih tidak bertudung. Katanya, dia lebih tahu tindakan yang perlu dilakukan. Saya positif dan okay saja dengan apa yang diperkatakan netizen serta ahli keluarga mengenai tindakan saya masih tidak bertudung lagi. Biarkan mereka (netizen) dan tak perlu ambil hati sangat.
Kalau netizen nak cakap macam-macam termasuk keluarga saya, itu hak masing-masing. Mereka sentiasa boleh bersuara, tapi bagi saya Allah tahu tujuan dan niat saya. Dia (Allah) yang mengetahui apa perlu diubah dulu. Apa yang penting, saya harus betulkan dalaman diri sebelum imej luaran,” katanya.
Shasha yang aktif sebagai model berkata, dia juga amat gembira kerana dapat merayakan Aidilfitri selama beberapa hari di Makkah. Dia juga bersyukur kerana dua kali berpeluang mengerjakan umrah setakat ini. Bercerita mengenai pengalaman meraikan Aidilfitri di Makkah, pelakon drama Sara Sajeeda dan Satukan Rasa ini berkata, dia lebih mengutamakan beribadah.
Katanya, sepanjang berada di Tanah Suci, hatinya sangat tenang beribadah kerana melupakan seketika urusan kerja. Alhamdulillah, saya dapat membuat umrah dan berhari raya sekali di sana. Ia rezeki saya dan hanya mampu bersyukur. Pengalaman dilalui sangat berharga, selain impian mengerjakan umrah dimakbulkan Allah.
Niat saya untuk mengerjakan umrah tahun ini terdetik sejak Ramadan tahun lalu. Saya bertekad di dalam hati akan ambil cuti selama sebulan sekiranya niat dimakbulkan Allah untuk fokus kepada beribadah. Semuanya bermula dengan niat saja, Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah mempermudahkan segala urusan saya untuk pergi mengerjakan ibadah umrah tahun ini,” katanya.
Menurut Shasha yang baru tujuh tahun membina karier seni, dia sentiasa bersikap terbuka menerima teguran walaupun berbaur kecaman. Katanya, pada era teknologi masa kini selebriti sepertinya tidak dapat lari daripada kecaman warganet. Wajah ‘baby face’, awet muda
Tidak ramai wanita yang meningkat usia masih kekal ‘baby face’ atau berwajah keanak-anakan. Namun, raut wajah Shasha sehingga kini tidak dimamah usia dan dia masih boleh melakonkan watak pelajar sekolah atau penuntut kolej walaupun sudah berusia 27 tahun.
Mengakui rupa paras awet muda dimiliki itu ada kelebihan dan kekurangannya, Shasha tidak menafikan agak sukar juga untuk dia mendapat peluang menerokai kepelbagaian watak dalam lakonan. Saya semacam terlalu baik apabila selalu mendapat watak sebagai pelajar sekolah dan juga penuntut kolej atau universiti. Tapi, ia cabaran untuk saya sebenarnya sebab perlu pastikan lakonan tidak stereotaip.
Jujur diakui bahawa saya pernah tersekat pada satu fasa untuk watak sebagai pelajar saja. Sehingga saya merasakan cukup-cukuplah dengan watak yang sama itu. Ketika itu, saya sampai tidak tahu macam mana hendak mempelbagaikannya lagi dan memberi kelainan (watak pelajar sekolah). Malah, saya akhirnya memilih untuk menolak saja tawaran watak sebegitu,” katanya.
Menurut Shasha yang pernah berganding dengan pelakon Naim Daniel dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta pada 2020 lalu, dia kini tidak kisah menolak tawaran watak sama kerana yakin rezekinya pasti ada di mana-mana. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.