Kemelut rumah tangga antara pengarah filem tempatan ternama Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah akhirnya berakhir secara aman, kedua-dua mereka telah pun berpisah dengan talak satu pada 14 Jun lalu. Sebelum ini, pengarah filem Mat Kilau itu pernah memfailkan saman terhadap pegawai penyiasat dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia kerana badan tersebut didakwa menyebarkan fakta aib mengenai hubungannya dengan Ira Kazar kepada ibunya, Datin Patimah Ismail.
Pun begitu, hari ini menurut laporan Berita Harian, difahamkan Syamsul Yusof berhasrat untuk menarik balik saman yang difailkan dan perkara itu disahkan Datuk Adnan Seman yang mewakili MAIWP, mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes. Syamsul memfailkan saman itu pada 28 Mac lalu dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd. Haris Abdllah, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan pertama hingga ketiga.
Dalam penyataan tuntutannya, pengarah tersohor itu mendakwa pada 20 Disember 2022, ibunya Datin Patimah Ismail telah menyerahkannya sekeping gambar melalui WhatsApp yang memaparkan nama isterinya, Faghira Fatini, no kad pengenalan wanita itu, sebahagian tandatangan Ira dan sebahagian keterangan yang diberikan Ira sewaktu dipanggil oleh JAWI. Difahamkan, keterangan itu menggambarkan bahawa dia dan Ira telah menjalinkan hubungan sulit di antara 2019 dan 2021.
Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata dia dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak. “Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress’ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira,” katanya. Dia berkata tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon serta pengarah filem.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.