Masih ada di Hospital Bahagia, kes Yasin Sulaiman ditangguhkan sebab laporan kesihatan mental tak dapat lagi

PERBICARAAN kes melibatkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman ditangguhkan susulan laporan kesihatan mental dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak masih belum diperolehi. Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis tertuduh masih berada di hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut terhadap kesihatan mentalnya. “Pihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. Orang kena tuduh (OKT) juga tidak dibawa (ke mahkamah) hari ini. Jadi pihak kami memohon satu lagi tarikh lagi bagi sebutan laporan psikiatri,” katanya.

Hakim Nik Hasimah menetapkan tarikh 6 Julai ini bagi sebutan semula laporan psikiatri Yasin. Sementara itu, peguam tertuduh iaitu Ariff Azami memaklumkan laporan kesihatan anak guamnya masih dalam proses untuk disiapkan. “Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah lalu, ia masih dalam proses disiapkan hospital. “Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan,” ujarnya.

Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya. Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemerikasaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenyh. Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya brang terlarang berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah. Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya barang terlarang berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version