BAKAL menamatkan zaman duda pada 23 Jun ini, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib memberitahu dia dan tunangnya iaitu Watie Hanifiah bersepakat untuk hanya mengadakan majlis pernikahan sahaja. Menurut Shuib atau Shamira Muhamad, 39, keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana itu dibuat selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. “Alhamdulillah kami sedang menunju ke tarikh itu dan persiapan semuanya berjalan dengan baik. Hampir 90 peratus telah siap.
“Untuk majlis pada 23 Jun nanti, akan ada majlis khatam Al-Quran, berinai dan majlis akad nikah tetapi takkan ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. “Majlis ini kami adakan sederhana sahaja, tetapi, saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga. “Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Shuib berkata demikian ketika ditemui di sidang media Walimatulurus Shuib dan Watie yang diadakan di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam masa pada itu, Shuib juga meluahkan rasa syukur apabila perkahwinannya kali ini mendapat tajaan lebih RM1.7 juta termasuk barang kemas. “Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam Al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas. “Tetapi, bukanlah semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya lagi.
Majlis tersebut bakal diadakan di Putra Glass House, Putra Height dan akan terhad kepada 600 tetamu. Perjalanan kisah cinta Shuib dan Watie iaitu Walimatulurus Shuib dan Watie juga akan ditayangkan dalam siri eksklusif terbaharu untuk tontonan buat peminat. Program tiga episod itu akan menemui penonton secara esklusif bermula 24 Jun pukul 9 malam di Astro Ria. Untuk rekod, pasangan Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.