Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana! Meskipun jarak usia sebanyak 34 tahun, tetapi ia bukanlah penghalang untuk pasangan ini mengecapi kebahagiaan. Baru-baru ini, tular kisah seorang pemuda berusia 28 tahun iaitu Muhammad Amin Jumdai mengahwini seorang wanita berusia 62 tahun iaitu Rokiah Samat. Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan ini dikatakan berkenalan menerusi aplikasi tersebut pada Oktober 2021 sebelum Amin yang berasal dari Sabah telah datang ke Semenanjung untuk bertemu dengan Rokiah. Klik sini untuk lihat video.
Beberapa bulan selepas berkenalan, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun 2022 dan akhirnya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada September tahun yang sama. Memetik laporan Sinar Harian, Rokiah yang berasal dari Kelanatan memiliki 11 orang anak , 22 orang cucu dan seorang cicit. Kesemua anak-anaknya merestui perkahwinan Rokiah dan Amin. “Beza umur suami pertama sekitar enam tahun, suami kedua pula orang muda juga, sebaya dengan Muhammad Amin. Namun jodoh kami tidak panjang kerana dia bekerja di China. Kalau boleh, biarlah dia menjadi suami terakhir saya.
Video yang dikongsikan di TikTok telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya teruja mendengar kisah percintaan pasangan ini. Tidak kurang juga ada di antara mereka menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Sumber: Ohbulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.