Ada yang cakap kahwin sebab nak populariti, ini pula luahan dari Zulfadli

SELEPAS tular kisah pernikahan jejaka bernama Zulfadli Syahrul dengan gadis dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan bernama Norfarrah Syahirah, timbul pula dakwaan kononnya hanya ingin menumpang populariti isterinya itu. Menurut Zulfadli, 33, selain kritikan warganet, dia juga ada menerima komen berbentuk ugutan dalam kalangan warganet. “Banyak yang mendoakan kesejahteraan isteri saya tapi bukan saya! Kenapa tidak mendoakan supaya isteri saya dapat menjaga rumah tangga kami dengan baik.

“Saya juga ada terima ugutan daripada warganet yang minta saya jaga isteri dengan baik… kalau tidak satu Malaysia akan cari saya! Tak perlu (ugut) sebab saya tahu jaga isteri sendiri. “Ada juga yang kata saya kahwin sebab nak tumpang populariti sedangkan saya kenal dia sudah lama. “Instagram pun saya private dan tak approve sesiapa pun melainkan isteri benarkan,” kata Zul. Pasangan ini selamat disatukan di Masjid Al-Maaruf Parit 5, Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak pada Ahad lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version