Infuencer popular Indonesia, Mimi Peri berkongsi kunjungannya ke Kuala Lumpur

Pempengaruh popular Indonesia, Mimi Peri tiba di ibu negara, petang tadi. Mimi atau nama sebenarnya, Ahmad Jaelani, 35, berkongsi gambarnya menginap di sebuah hotel terkemuka di Instagram (IG) Story.

Ketibaan Mimi yang mempunyai dua juta pengikut IG itu disambut penerbit, pengarah dan pelakon, Datuk Fizz Fairuz serta isterinya, Datin Almy Nadia. Difahamkan, Mimi berkunjung ke Malaysia untuk mempromosikan filem Mat Tudung Begins yang bakal menjengah pawagam 3 Ogos depan.

Dalam hantaran berasingan, Mimi turut berkongsi video suasana dan bergambar di hadapan Menara Kembar Petronas (KLCC). Alhamdulillah, bisa (dapat) berkunjung di Malaysia.

Undangan ‘launching’ (pelancaran) filem Mat Tudung Begins, berkat Datuk Fizz Fairuz dan doa emak (ibu). Mekasih (terima kasih) banyak ya Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia,” tulisnya di IG.

Perkongsian Mimi turut mendapat reaksi positif pengikutnya di negara ini yang teruja dengan kunjungannya dan daripada rakan artis Indonesia. Selamat mendarat di bumi Malaysia,” tulis Tinie Wah ada peri peri datang Malaysia,” tulis Shelvianajosh.

Welcome (selamat datang) ke Malaysia Mimi,” tulis pelakon dan pelawak, Vicha. Mimi sebelum ini popular kerana video keletahnya yang menghiburkan. Dia tidak hanya mengumpul peminat di Indonesia, malah negara luar termasuk Malaysia. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version