Ambik masa berminggu fikir untuk berdamai, hampir 4 tahun bermasam muka akhirnya Awie dan Amy Search dah berbaik

Penyanyi rock lagenda, Awie dan Amy Search memilih untuk berdamai setelah hampir empat tahun dingin sesama sendiri. Ketika ditemui Berita Harian, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman memaklumkan dia mengambil masa berminggu-minggu lamanya memikirkan perkara ini sebelum memutuskan untuk berdamai dengan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman. Difahamkan, hubungan mereka mula dingin selepas pemergian pemain drum kumpulan Search, Allahyarham Yazit Ahmad.

“Hubungan kami mulai dingin selepas Allahyarham Yazit pergi menghadap illahi pada 2019. Alhamdulillah, kami sudah rujuk (berdamai). Saya rasa bulan ini sangat mulia dan bulan untuk memaafkan. Ada seseorang diutuskan untuk bertemu saya bagi membincangkan mengenai pertemuan ini. Bagaimanapun saya ambil masa berminggu-minggu untuk memikirkan perkara itu. Maklum sajalah, semua orang ada ego masing-masing. Selepas lama berfikir, saya tak nak berlaku biadap pada orang yang lebih dewasa daripada saya. Dan juga rasa sayang saya kepadanya sebagai seorang abang dan menganggapnya sebagai pelopor rock dan nombor satu dalam Malaysia ini.”

Awie turut berkata, hatinya terbuka untuk berdamai serta berbaik dengan semua orang selepas bertemu dengan dua orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Puteri Qasseh Antasha, 13, yang terpisah selama lapan tahun. “Sebagai orang yang lebih muda daripada Amy, saya akhirnya akur dan pergi berjumpa dengannya. Kami bermaafan dan berpelukan sebagai adik, sahabat dan rakan seperjuangan dalam industri ini. Pertemuan dengan dua anak dan juga hubungan yang kembali jernih dengan bekas isteri turut membuka hati untuk saya berdamai dan memaafkan semua orang yang pernah bermusuhan dengan saya.” Klik sini untuk lihat video.

Tambah pelantun lagu Sejati itu lagi, faktor usianya yang semakin meningkat mendorongnya untuk menamatkan konfliknya dengan Amy. “Kita pun makin hari makin tua. Kbr pun memanggil-manggil. Cukuplah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengaturnya kerana menyatukan kami semula. Saya bersyukur dan menyifatkan usaha ini sebagai asbab untuk kami berbaik dan pahalanya sangat besar.” Sekadar info, sengketa antara dua penyanyi rock legenda negara itu mula tercetus selepas Amy mengakui terluka dengan komen Awie yang mendakwanya mengabaikan arwah Yazit ketika sakit. Menurut Amy, tuduhan yang dilempar Awie itu tidak berasas kerana hanya mendengar penjelasan daripada sebelah pihak sahaja.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version