Masih ada yang tak puas hati, ini pula respon Puteri Sarah bila ada yang bercakap buruk pasal dia

Baru-baru ini, kenyataan daripada pelakon Puteri Sarah Liyana dalam satu sesi live di TikTok telah mengundang persoalan warganet, ia seperti satu sindiran untuk ditujukan kepada satu pihak yang dilihat seperti masih tidak puas hati dengannya. Dalam keratan video berdurasi 1 minit 19 saat yang dikongsikan semula oleh warganet itu, Puteri Sarah mempersoalkan sikap segelintir pihak yang masih tak puas hati dengannya walaupun ‘isu’ dah selesai. Ia bermula apabila Puteri Sarah ada membaca komen warganet yang menegur dirinya agar tidak memfitnah orang, bahkan warganet tersebut menggesa Puteri Sarah untuk menjaga aib sendiri.

Kemudian, dia ada membaca komen yang mengatakan bahawa ada orang lain cakap bukan-bukan pasal dirinya. Dengan nada yang begitu tegas tapi tenang, Puteri Sarah mengatakan bahawa dia tahu siapa gerangan tersebut. “Kalau ada orang cakap bukan-bukan pasal Sarah tu, kita dah tahu siapa, kan? Kita tak payah layan orang-orang macam tu sebabnya kita dah bagi apa yang dia nak, kita pun dah move on, kita pun dah tak kisah apa yang jadi dekat sana, dah ‘sedekah’ kat korang, apa lagi yang korang nak?.” Klik sini untuk lihat video.

Puteri Sarah turut mempersoalkan kepada pihak tersebut berkenaan dengan rasa tidak puas hati dengannya sedangkan dia dah bagi ‘sedekah’ dekat pihak tersebut. “Dah bagi pun masih menyalak lagi, maknanya tak tenanglah, sampai I dah ada kat Indonesia, korang nak apa lagi?” katanya sambil tergelak sinis. Untuk rujukan, pada Jun lepas, Syamsul Yusof akhirnya melafazkan talak satu kepada Puteri Sarah  di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version