PENGALAMAN menunaikan ibadah haji membuatkan penyanyi dan pelakon Alif Satar berasa insaf dan kerdil apabila dapat menyelami perasaan seorang gelandangan yang tidak mempunyai apa-apa. Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 32, berkata, sepanjang menyelesaikan rukun Islam kelima itu perasaan sombong dalam diri pasti lenyap selain mengajar tentang erti pengorbanan sebenar. “Bila saya fikir rupanya beginilah apa dirasakan oleh gelandangan. Tidak ada tempat mandi, lepas itu tengah malam korek tanah cari batu untuk persediaan melontar jamrah.
“Saya gerenti siapa datang buat haji, Insya Allah rasa sombong dan takbur itu mesti hilang,” katanya. Alif berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, Alif meluahkan rasa syukur diberi nikmat tidur lena biarpun berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa. “Wallahi, walaupun masa ini sudah dua malam tak mandi, tak pergi ke tandas. “Badan dah penat ditambah pula pencemaran bunyi dan bau asap ekzos bas… berlapikkan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga saya dapat tidur lena,” ujarnya.
Tambah Alif, di Tanah Suci sewaktu bermabit sehingga solat Subuh di Muzdalifah, semua jemaah haji hanya mampu tidur di tepi jalan tanpa mendapat layanan istimewa. “Di sini tak kiralah bayar pakej ratus ribu ke, Tan Sri ke… artis yang orang sanjung ke, hatta mufti sekalipun… Semua orang tidur tepi jalan. “Semoga semua yang baca hantaran ini diterima amalan dan ditempatkan dikalangan para salihin,” katanya. Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji.
Alif turut berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis iaitu Datuk Mohd Asri Zainul Abidin. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.