Selalu dapan kritikan dari warganet sebab bentuk badan, rupanya sebab ni Fizz Fairuz tak bagi Almy Nadia kurus

Seperti yang diketahui ramai, pelakon, Datin Almy Nadia sering menerima kritikan dari sesetengah wargamaya yang mengutuk bentuk badannya yang dilihat semakin berisi selepas melahirkan anak. Terbaru, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah jadi perhatian wargamaya apabila berkongsi sikap sebenar suaminya, Fizz Fairuz. Menerusi potongan video di TikTok, pelakon Dunia Baru itu mendedahkan suaminya tidak memberikan keizinan untuk menurunkan berat badan kerana sukar untuk dipeluk. Klik sini untuk lihat video.

“Suami aku tu bongok. ‘Ma janganlah Ma kurus Ma, kalau kurus nanti you tak ada bontot Ma’. ‘Kalau you kurus, tak ada bonggol-bonggol I nak peluk, I nak gigit-gigit.’ Ha itu suami aku. Almy turut berkata, sebab suaminya itu tidak membenarkannya untuk kurus adalah kerana masih menyusukan anak-anak dan tidak menyarankannya untuk melakukan diet berlebihan. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terus memberikan semangat kepada Almy dan mendoakan agar pelakon itu terus sihat. Di samping itu, ramai yang memuji Fizz Fairuz kerana bersikap terbuka dan sama sekali tidak kisah dengan saiz badan isterinya itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version