Penampilan terini Alya Iman nampak semakin menjolok mata, tapi ini pula respon selamba dari tuan badan

Sejak kebelakangan ini penampilan Alya Iman menjadi bualan ramai apabila dikatakan semakin menjolok mata, malah ketika hadir di dalam satu majlis semalam pelakon itu tampil dengan gaun tanpa lengan. Memetik Kosmo, Alya berkata dia tahu penampilannya seperti itu pasti akan dikritik namun baginya itu adalah dirinya yang sebenarnya. “Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikritik. Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Dalam pada itu, Alya mengakui dia tetap membaca komen-komen di media sosial dan sudah lali dengan kritikan dilemparkan terhadapnya. “Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali. “Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya. Difahamkan, semalam Alya hadir sidang media Anugerah Telenovela bersama abangnya. Sebelum ini, gadis berusia 22 tahun itu mengakui bertudung bapanya menyuruh untuk menutup aurat sejak dari kecil namun dia tidak mahu mahu terus hipokrit.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version