Pelakon, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri hari ini sah berpisah talak satu apabila lafaz talak pada 22 Februari telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi. Memetik laporan dari Astro Gempak, Hafidz yang ditemui selepas urusan perpisahannya itu memaklumkan yang dia hanya berkawan sahaja dengan Athirah Yuhada, wanita yang dikatakan menjadi punca dia serta Shuhada berpisah. Dia juga menafikan pernah memaklumkan akan berkongsi sesuatu berkaitan hubungannya dengan Athirah selepas sah berpisah.
“Saya belum berkahwin lagi. Rileks dulu. Nanti kalau ada saya umumkan. Pengakuan untuk dia (Athirah) saya akan buat selepas berpisah. Tiada komen. Itu dibawah perbincangan nanti,” ujarnya. Dia juga memaklumkan tiada perancangan untuk mengahwini Athirah dalam masa terdekat dan menyatakan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan. “Saya tiada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu (perkahwinan). “Saya tidak cakap untuk umumkan sesuatu pun. Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya.
Terdahulu, pelakon drama Mr Donat Karamel itu menyatakan akan memberitahu media berhubung statusnya dengan wanita yang dikatakan menjadi punca masalah rumah tangganya dengan Shuhada ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.