2 tahun tangguh ujian memandu, akhirnya Anna Jobling berjaya memiliki lesen memandu

Selepas dua tahun terpaksa menangguh ujian memandu, pelakon jelita Anna Jobling meluahkan rasa gembira apabila akhirnya berjaya memiliki lesen memandu kenderaan. Menurut Anna, dia telah lama merancang untuk menduduki ujian lesen memandu, namun disebabkan jadual kerja yang padat membuatkan dia terpaksa menunda hal itu beberapa kali. “Saya memang dah lama merancang nak ambil ujian lesen memandu. Memandangkan saya memang mahu memandu dan memiliki kereta sendiri, tapi itulah, dua tahun baru ada masa.”

Sebelum ini, Anna menerusi perkongsian di Instagram Story memuat naik sekeping foto dirinya memotong kek dengan huruf ‘P’ sebagai simbolik kepada Lesen Memandu Percubaan yang diperolehnya. Tambah aktres berusia 23 tahun itu, mungkin bagi sesetengah pihak, memiliki lesen memandu sebagai perkara biasa, tetapi bagi dirinya tetap mahu meraikan kerana ia adalah simbolik kepada hidup berdikari. “Bagi orang lain mungkin ia perkara biasa yang tak perlu dihebahkan. Tapi bagi saya ia sangat bermakna apatah lagi saya telah lama menantikannya. Rasa seperti dah dewasa pulak boleh memandu sendiri. Sebelum ini saya sentiasa ditemani ibu atau pengurus.”

Sebelum ini Anna turut berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Honda CR-V berwarna hitam. Dalam perkembangan lain, Anna yang tercalon dalam Top 5 bagi tiga kategori di ABPBH 35 berkongsi rasa teruja menantikan hari berlangsungnya anugerah itu pada 21 Julai ini. “Siapa yang tak mahu menang kan? Bagi Anna ini semua untuk peminat yang tak putus-putus menyokong Anna sejak dari awal. Pertama kali tercalon, jadi Anna nak bersiap cantik-cantik nanti. Ini semua untuk peminat.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version