Tak pergi sekolah macam remaja lain, Qistina Raisah akui dibuang sekolah seawal usia 7 tahun

Nama Qistina Raisah bukanlah nama asing dalam industri lakonan Malaysia, dia sudah mula berkecimpung dalam bidang seni sejak usianya 4 tahun. Pelakon remaja yang kini berusia 14 tahun itu, berkongsi dia sebenarnya tidak pergi ke sekolah seperti remaja yang lain kerana dia dibuang sekolah seawal usia tujuh tahun (darjah 1). Qistina Raisah atau nama sebenarnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri memberitahu kepada Kosmo! dia hanya sempat ke sekolah selama 10 hari sebelum dibuang kerana kerap tidak hadir ke sekolah.

“Saya memang tidak ada pengalaman duduk di kantin sekolah. Sebab saya hanya pernah pergi ke sekolah selama 10 hari sahaja ketika darjah satu. Selepas itu saya dibuang sekolah sebab selalu tak datang,” katanya. Difahamkan, dia tidak hadir ke sekolah kerana terlalu sibuk menjalani penggambaran drama dan beberapa program TV lain. “Jadi saya hanya belajar di rumah (homeschooling) sejak berusia tujuh tahun lagi sampai sekarang,” jelasnya. Ketika dia berada di darjah enam, pelakon muda itu pernah cuba sekali lagi untuk mendaftar masuk ke sekolah bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), namun pandemik Covid-19 pula melanda.

“Selepas itu saya dapat ‘job’ ke Itali untuk penggambaran bersama Zul Ariffin dan Neelofa. Cikgu pula ingat saya pergi bercuti, kena buang terus (lagi sekali),” katanya.Selain itu, dia berkongsi bahawa dia belajar sendiri subjek asas dan mengikuti kelas bahasa seperti bahasa Mandarin dan juga muzik (gitar), selain akan mendaftar kelas menembak pada masa akan datang. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version