Baby Shima tak jadi bertanding PRN sebab Khairy Jamaluddin cadang untuk jadi calon di Kelantan

Penyanyi kontroversi, Baby Shima yang mengumumkan ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi telah membuat pusingan U apabila menarik balik niatnya selepas mendapat cadangan daripada bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Hal ini susulan pertanyaan Baby Shima yang meminta cadangan lokasi sesuai untuknya bertanding nanti. Menurut KJ, lokasi paling sesuai untuk penyanyi itu mencurahkan khidmat bakti adalah di Kelantan. Susulan daripada jawapan KJ, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli terus terdiam dan seakan berfikir semula dengan kenyataannya sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Jadi, menerusi kapsyen yang dikongsi di media sosial, Baby Shima meminta maaf dan mengatakan yang dia tidak jadi untuk bertanding dalam PRN kali ini. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mulai mengeluarkan pelbagai pandangan termasuklah berseloroh bahawa baby Shima perlu mengenakan hijab dahulu sebelum bertanding di negeri Kelantan. Ada juga yang tahu bahawa penyanyi dangdut itu dan juga KJ sekadar bergurau memandangkan musim PRN sudah semakin dekat.

Terdahulu, Baby Shima telah membuat pengumuman mahu bertanding untuk PRN kali ini tanpa mewakili mana-mana parti. Ujarnya, dia mahu berkhidmat untuk negara  termasuklah memohon jasa baik rakyat Malaysia untuk menyokongnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version