Baru-baru ini tular di media sosial video apabila warganet mendakwa ternampak baby bump isteri pelakon Beto Kusyairy ketika hadir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023. Bagaimanapun, Beto dengan tenang menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan mungkin ada yang ternampak baby bump kerana angle gambar semata-mata. Sementara itu, Beto berkata dia dan isteri tidak menganggal hal anak boleh membuatkan mereka stres. Katanya lagi, mereka tidak menantikan cahaya mata kerana belum ada rezeki namun mereka baik-baik sahaja. Klik sini untuk lihat video.
“Saya nak clearkan dekat sini tentang keadaan isteri saya yang kata nampak ‘baby bump’lah, pregnant lah… jawapannya tak. ”Isteri saya tidak mengandung, gambar yang diambil itu mungkin sebab angle kamera dan saya nak clear kat sini saya dan isteri tidak menantikan cahaya mata… belum ada rezeki dan kami okay. Tak ada masalah. “Ia tidak menganggu kami bila belum direzekikan zuriat okay. Kami happy dan kalau rezeki Alhamdulillah tapi setakat ini tak ada dan isteri saya tidak pregnant,” katanya. Sudah 14 tahun berkahwin, terdahulu Beto berkata dia dan isteri sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden, namun belum rezeki lagi untuk menimang cahaya mata.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.