Datuk yang pernah mencipta rekod sebagai ahli bina badan tertua di dunia pada 2015, terus aktif walaupun usianya hampir mencecah seabad. Portal Rekod Dunia Guiness (GWR) melaporkan, Jim Arrington, 90, masih kuat dan memenangi pelbagai pertandingan bina badan.
Baru-baru ini, Jim bertanding dalam acara Liga Profesional IFBB di Reno, Nevada, Amerika Syarikat (AS) dan menduduki tempat ketiga untuk kategori lelaki berusia lebih 70 tahun dan pertama dalam kategori lebih 80 tahun. Jim yang dilahirkan pramatang dengan berat 2.5 kilogram (kg) berkata, ibu bapanya berjuang untuk menyelamatkannya ketika dia dilahirkan.
Selain asma, dia kerap jatuh sakit ketika kecil Bagaimanapun, pada 1947 iaitu ketika berusia 15 tahun, Jim memutuskan bahawa dia tidak boleh berterusan begitu dan mula terbabit dalam angkat berat.
Saya mahu menjadi seorang wira,” kata Jim. Lebih tujuh dekad kemudian, angkat berat masih menjadi minat terbesar Jim.
Jim berkunjung ke pusat gimnasium, tiga kali seminggu, dengan setiap sesi berlangsung dua jam. Saya melihat Jim hampir setiap hari. Dia melakukan lebih daripada 60 peratus daripada pelanggan saya atau sesiapa sahaja yang datang ke pusat gimnasium ini,” kata salah seorang jurulatih di pusat gimnasium berkenaan.
Rahsia Jim panjang umur adalah kerana keupayaannya untuk menyesuaikan diri. Apa yang berkesan untuk seseorang pada satu-satu masa dalam hidup mereka tidak sama pada masa lain,” katanya.
Bagi mengekalkan kecergasannya, Jim tidak hanya menyesuaikan latihan dengan usianya, malah turut menitikberatkan aspek pemakanan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.