Media sosial sememangnya tempat orang ramai mengeluarkan pendapat masing-masing. Namun, sebaiknya setiap kata-kata yang ditulis perlulah berhati-hati kerana ramai mata yang melihat. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Twitter yang dipercayai seorang barista apabila mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada pelanggan di media sosial miliknya. Menerusi ciapan yang dibuat barista tersebut, dia mengatakan yang sebagai seorang barista, dia tahu memilih pelanggan yang ‘bdh’ untuk dipaksa menambah pesanan.
Selang beberapa hari, dia telah membuat naik lagi ciapan beserta gambar memakai uniform kedai kopi terkenal dengan mengatakan sudah dipecat oleh majikan disebabkan ciapan tersebut. Perkongsian dirinya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memerli lelaki terbabit disebabkan tindakannya memperbodoh pelanggan di media sosial.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan barista terbabit bukanlah bekerja disitu kerana boleh jadi ciapannya yang mengatakan telah diberhentikan sekadar konten untuk menarik perhatian ramai. Apa-apa pun, lebih elok menjaga tutur kata sewaktu mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial kerana boleh jadi mengundang masalah untuk diri sendiri. Semoga perkara sebegitu menjadi pengajaran buat orang lain supaya bijak dalam menggunakan media sosial.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.