SELEPAS 23 tahun terpisah, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa teruja akhirnya dapat bertentang mata dengan adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen. Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, berkata pertemuan itu juga membuatkan dia mula merasai perasaan bergelar seorang kakak. “Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain.
Mawar terharu bertemu adiknya selepas lama terpisah. “Aireen ada seorang lagi adik perempuan jadi saya ada dua orang adik kandung perempuan. Selama ini saya rasa saya anak bongsu,” katanya. Mawar berkongsi detik pertemuan itu di laman Instagram miliknya pada Jumaat. Aireen merupakan adik sebapa Mawar tetapi berlainan ibu dan mereka tidak pernah bertemu sejak kecil. “Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tidak pernah jumpa adik-beradik dari isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa tapi lupa sebab masa itu sangat kecil ketika saya umur lima tahun.
“Saya sangat suka ada adik angkat dan sentiasa mahukan adik perempuan. Alhamdulillah dapat betul-betul jumpa adik kandung. Dia sangat cantik, baik dan positif,” ujarnya. Tambah Mawar lagi, wajah Aireen persis arwah bapanya sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya kepada lelaki itu. “Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa Mawar bila berjumpa ngan Aireen. “Seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik Mawar ini. Lebih-lebih lagi muka dia persis seperti arwah ayah,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.