Sebelum ni mengaku penyanyi no 1 Malaysia, kali ni Dato Aliff Syukri mengaku suara Cakra Khan sama macam dia

Tiada angin tiada ribut, nama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian warganet. Namun kali ini mengaitkan nama penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Baru-baru ini, Cakra menerusi perkongsian di laman Instagram ada memuat satu foto ketika menghadiri ujibakat America’s Got Talent. Menerusi posting tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat persembahan Cakra pada waktu itu. Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah komen yang ditinggalkan Aliff di ruangan balas perkongsian berkenaan.

Tertarik dengan komen tersebut, warganet berseloroh dan mengakui Aliff mempunyai suara sama seperti Cakra. Terdahulu, Aliff Syukri turut berseloroh dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza bahawa dia penyanyi nombor satu negara. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version